Politik Malaysia: “Politik dalam bilik”

Politik di Malaysia ialah ‘politik dalam bilik’, secara literal dan secara figuratif.

Selain daripada pertarungan memiliki fail gelap tentang aktiviti ahli politik dalam bilik, perbincangan dan penentuan keputusan politik di Malaysia juga berlaku ‘dalam bilik’, secara rundingan eksklusif dan tertutup. Ertinya banyak ‘deal’ tentang soal negara dilakukan bukan secara standard; bukan menurut mekanisme dan SOP seperti yang sepatutnya. Tak seperti kebanyakan orang awam sangka.

Faedah dan implikasi sebenar yang dirasai oleh rakyat hanyalah bonus kalau berlaku, atau sekali sekala merupakan keputusan yang diambil untuk ‘ventilation of anger’ sahaja, supaya rakyat senyap seketika.

Hakikatnya sejak merdeka sehingga hari ini, dalam politik di Malaysia ini, rakyat hanyalah penonton di luar gelanggang yang akan ditunggang dan sekali sekala diraikan supaya tidak ‘meletup’.

Ini bukan pandangan pesimis. Ini pandangan realis. Apa maknanya pandangan saya ini? Maknanya sistem politik yang ada hari ini — yang di depan tabir dan di belakang tabir — perlu ‘digodam’ dan dipadamkan, kalau rakyat betul-betul inginkan kerajaan yang bukan berlakon semata-mata dalam memimpin negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

Atau rakyat akan terus hidup sebagai kambing.

Syed Ahmad Israa’

Sumber: FB Syed Ahmad Israa’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MELAKA PERNAH ADA RUMAH BERGERAK?

Next Post

Melayu Eksotik di Geylang Serai, Singapura

Related Posts
Skip to content