Presiden Morsi dipenjara 20 tahun atas tuduhan kekerasan

image

Kaherah, 21 April 2015, Presiden Mesir pertama pilihan rakyat Mesir secara demokrasi terbuka dan adil telah dituduh bersalah mengarahkan pembunuhan ke atas perusuh di luar Istana Ittihadiya Presiden Mesir pada 2012.

Keputusan ini adalah yang pertama terhadap Morsi sejak penyingkiran dan pemenjaraan beliau oleh tentera pada pertengahan 2013. Sejak itu, beliau telah mengahadapi pelbagai tuduhan jenayah dan dipercayai ia adalah bermotifkan politik.

Dari 11 orang yang terbunuh dalam keganasan tersebut, 8 darinya adalah penyokong Mursi. Hukuman tersebut hanya mengetengahkan kematian seorang wartawan dan dua orang penunjuk perasaan anti-Morsi.

Morsi telah digulingkan oleh tentera pada Julai 2013 selepas hanya satu tahun pemerintahan beliau berikutan bantahan terhadap Presiden.

Sejak penyingkiran Morsi, pihak berkuasa mesir yang diketuai oleh as-sisi telah melancarkan tindakan kekerasan tanpa henti yang disasarkan kepada penyokong islamis Morsi dan meninggalkan beratus-ratus malah ribuan penyokong Morsi mati di dalam penjara.

Oleh: Firdaus Sulaiman

Sumber: Middle East Monitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

YOU TAI: YAHUDI DI ASIA TIMUR

Next Post

Tiang Seri kepada Perlembagaan Persekutuan

Related Posts
Skip to content