Seruan Zionisme: Israel Perlu Perluas Kawasan

ISIS-is-working-on-Mossad-CIA-plan-to-Create-Greater-Israel-2-777x437-640x360

 

Sabtu malam lalu, seorang pegawai kanan Israel telah menggesa untuk menduduki ibu negara Syria, Damascus berikutan ajaran yang dibawa oleh kitab suci penganut agama Yahudi iaitu Taurat, akhbar Felesteen melaporkan.

Dalam sebuah rancangan televisyen Israel Saluran 2, Timbalan Jurucakap Israel, Knesset Bezalel Smotrich berkata sempadan Israel sebenarnya melebihi sempadan yang terkini, dan menurut kitab Taurat lagi, sempadan Jerusalem sebenarnya memasuki kawasan Damascus.

Smotrich, seorang ahli Jewish Home yang merupakan parti ekstrimis Israel menyarankan Israel menerima sempadan yang terkini buat sementara waktu. Sempadan-sempadan tersebut termasuklah Bukit Golan serta kawasan tebing Barat yang telah diduduki. Beliau menegaskan bahawa mereka perlu bekerja keras untuk mencapai apa yang telah ditetapkan oleh kitab Taurat.

Sementara itu, beliau mengulangi kata-katanya bahawa tindakan yang diambil ekstrimis Israel yang membakar rumah-rumah keluarga Palestin Dawabsheh itu bukan bukan satu bentuk keganasan. Sebaliknya, perkara ini akan dianggap ganas sekiranya ia dilakukan oleh “musuh orang Yahudi iaitu golongan Arab.” Smotrich turut menyeru ketua-ketua pendatang Israel untuk menguasai semua kawasan Tebing Barat yang mereka duduki dengan menganggap tanah itu milik mereka.

Tambah Smotrich lagi, sesiapa yang tidak menerima kekuasaan Israel ke atas Tebing Barat “perlu dihalau dari tanah ini,” dan mencadangkan untuk mereka mencari perlindungan di 20 buah negara Arab yang lain. Beliau kemudiannya menyatakan kepentingan untuk membina sebuah kuil Yahudi di tapak Masjid Al-Aqsa.

 

Terjemahan oleh: Wan Nur Khairunnisa

Sumber: GlobalResearch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jangan pandang rendah kemampuan Turki menjadi Kuasa Besar Dunia

Next Post

Tiga Bot Nelayan Malaysia Dikaramkan oleh Indonesia

Related Posts
Skip to content