Ringkasan 3 Sebab TPPA Menjejaskan Negara Membangun

 

gettyimages-486823633-cropped

TPPA; sebuah perjanjian perdagangan yang masih lagi dalam proses rundingan antara 12 buah negara menyaksikan 6 buah negara yang terlibat merupakan negara membangun, jika diukur dengan indikator yang telah ditetapkan oleh PBB. Enam negara terbabit adalah, Brunei, Chile, Mexico, Peru, Vietnam dan juga Malaysia.

Pada akhir Jun lepas, Kongres AS telah meluluskan rang undang-undang TPA atau dikenali sebagai fast track kepada Obama bagi melaksanakan agenda TPPA beliau. Berikutan hal tersebut, pelbagai kontroversi telah menyelubungi isu TPPA termasuklah tahap perjanjian rahsia antara negara yang terlibat, potensi perjanjian terhadap sektor pekerjaan tempatan di AS, serta implikasi geopolitik yang akan berlaku. Namun satu lagi aspek yang mungkin kita semua terlepas pandang adalah bagaimana perjanjian TPP ini bakal menjejaskan negara membangun yang terlibat.

Berikut merupakan 3 sebab mengapa TPPA bakal menjejaskan negara membangun seperti Malaysia:

1) TPPA meletakkan peluang yang sama untuk rakan kongsi yang tidak sama taraf

Separuh daripada negara yang terlibat dalam TPPA adalah negara yang sudah membangun dan maju, seperti Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan New Zealand. Negara-negara terbabit merupakan negara yang kini sedang agresif mencari pasaran yang menjaga kepentingan syarikat multinasional mereka dengan menyediakan cukai yang rendah dan stabil, polisi dan undang-undang yang longgar. Berikutan penyertaan negara-negara maju berikut, berkemungkinan persaingan hasil daripada perjanjian TPP dilihat sebagai persaingan yang tidak adil.

Walaupun separuh daripada negara yang terlibat dengan TPPA adalah negara membangun seperti Malaysia, namun harus dijelaskan bahawa negara-negara tersebut tidak berada pada satu tahap pembangunan yang sama.  Bahkan, satu persamaan antara negara terbabit adalah mereka mempunyai syarikat domestik yang kurang daya saing dan kurang maju. Malah kerajaan di negara-negara membangun ini terpaksa menampung sektor domestik mereka termasuklah dengan memberi subsidi dan menyokong usaha pembangunan dan kemajuan teknologi.

2) TPPA melarang penggunaan polisi perjanjian untuk melindungi industri domestik

Antara tujuan terbesar TPPA adalah untuk mengurangkan kadar tarif; satu polisi yang digunakan negara untuk melindungi industri domestik. Melalui pemansuhan tarif ini, industri domestik negara terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi milik asing. Malah usaha bagi melindungi industri domestik lain seperti perlaksanaan levi, kuota dan polisi yang lain turut dilarang dalam perjanjian TPP.

3) TPPA menafikan kuasa mahkamah tempatan

Melalui mekanisme ISDS yang digunakan TPPA dalam menyelesaikan mana-mana persengketaan antara kerajaan negara yang terlibat dengan syarikat milik asing, tribunal antarabangsa akan digunakan seterusnya menafikan peranan mahkamah tempatan yang ada di negara terbabit. Malah tribunal antarabangsa terbabit tidak menyediakan peluang kepada negara yang disaman untuk mengemukakan sebarang rayuan.

Walaupun negara-negara membangun yang pernah mengadakan perjanjian perdagangan dengan AS tidak pernah bersetuju dengan peruntukan ISDS, namun mekanisme terbabit tetap dimasukkan dalam TPPA

Disusun oleh: Nur Hanis Mohamad Noor

Sumber: Foreign Policy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Realiti Penindasan Umat Islam: Larangan Bertudung (bahagian 2)

Next Post

Israel: 99 Pencabulan Hak Pejuang Palestin!

Related Posts
Skip to content