Colombo: Sri Lanka akan memindahkan tentera laut bahagian selatannya ke sebuah pelabuhan yang dipajak oleh sebuah syarikat milik kerajaan China. Walau bagaimanapun pejabat Perdana Menteri pada Sabtu lepas (30 Jun), mengatakan mereka (China) tidak akan menggunakan tentera laut itu untuk tujuan ketenteraan.
Pengumuman Colombo itu mungkin menimbulkan kebimbangan New Delhi berkenaan dengan potensi China menempatkan ketenteraan mereka di Laut Hindi melalui pelabuhan laut dalam Hambantota, yang mana pelabuhan itu menjadi penyeberang untuk laluan perkapalan antara timur dan barat.
“Tentera Laut Sri Lanka akan memindahkan tentera selatan mereka ke Hambantota,” kata penyandang perdana menteri Sri Lanka, Ranil Wickremensinghe.
Beliau juga menambah, ”Tidak perlu untuk takut kerana keselamatan di pelabuhan itu akan berada di bawah kawalan Tentera Laut Sri Lanka.”
“Sri Lanka juga sudah memberitahu China bahawa yang Hambantota tidak boleh digunakan (oleh China) untuk tujuan ketenteraan,” kata mereka lagi.
Kerajaan mantan presiden Mahinda Rajapakse telah berhutang dengan China berbillion dollar untuk tujuan pembangunan infrastruktur major termasuklah pelabuhan Hambantota yang terletak di hujung selatan pulau itu. Namun begitu, oleh sebab Sri Lanka tidak mampu membayar balik pinjaman, Sri Lanka telah bersetuju untuk memberikan China pemilikan saham sebanyak 70% ke atas pelabuhan yang dipajak selama 99 tahun itu.
Pajakan ini menimbulkan kerisauan India dan Amerika Syarikat berkenaan BRI (Belt and Road Initiative) China. Beijing telah meminjamkan wang ke seluruh Asia dengan jumlah yang sangat besar untuk tujuan (tidak semestinya) pembangunan infrastuktur bagi memudahkan perdagangan.
Kerajaan baru yang dibawa oleh Presiden Maithripala Sirisena telah menolak kebenaran untuk kapal selam China untuk melakukan penyinggahan di Colombo, sejurus sahaja selepas lawatan daripada Perdana Menteri India, Nanendra Modi.
Dua kapal selam milik China sebelum pernah melakukan penyinggahan di Colombo pada 2014 ketika tahun terakhir tempoh pemerintahan Rajapakse.
Sirisena yang memegang tampuk pemerintahan pada Januari 2015, berjanji untuk mengurangkan hubungan diplomatik dan kebergantungan Sri Lanka dengan China.
Oleh: Yusof Samsuddin
Pengkaji IRIS INSTITUTE
Sumber: Channel News Asia