Ulasan Berita:
Syarikat Equinix labur 116 Juta USD untuk bina pusat data keempatnya di Singapura. Pusat data ini dijangka akan menghubungkan hampir 1300 syarikat bisnes termasuk syarikat yang menawarkan perkhidmatan “Cloud” seperti Alibaba Cloud, Amazon Web Services, Google Cloud Platform, Microsoft Azure, Oracle Cloud dan Tencent Cloud.
Kemudahan ini akan disambung terus ke tiga pusat data Equinix yang sedia ada di Singapura. Ianya akan membolehkan para pelanggan untuk berhubung secara terus dengan lebih kurang 600 syarikat dari pelbagai industri, termasuk perkhidmatan kewangan, perkhidmatan awan, sains bioperubatan, media, IT, komunikasi, sains fizikal dan kejuruteraan .
Sumber: Straits Times
Disediakan oleh
Wafiq Azman
Editor Fokus