Tahukah anda – Orang Melayu Adalah Perintis The Golden Triangle of Kuala Lumpur?

Rest Stop Thoughts: The homeless in the Golden Triangle, Kuala Lumpur

The Golden Triangle of Kuala Lumpur merupakan pusat komersial bagi Bandaraya Kuala Lumpur yang lebih terkenal dalam kalangan pelancong dan ekspatriat. Kawasan tersebut merangkumi tarikan pelancongan seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC), Bukit Bintang dan Tun Razak Exchange (TRX). Ketiga-tiga kawasan ini dinamakan The Golden Triangle disebabkan oleh nilai harta tanah dan nilai komersial yang tinggi.

Jika diperhatikan, mereka yang mendiami atau bekerja dalam kawasan ini adalah mereka yang berpendapatan tinggi dan mempunyai gaya hidup kosmopolitan. Tidak dapat dinafikan, The Golden Triangle of KL bukanlah tempat majoriti bangsa Melayu tinggal atau bekerja.

File:Kuala Lumpur - Golden Triangle - de.jpg - Wikimedia Commons

Identiti kawasan ini juga seakan-akan berbeza dengan identiti Semenanjung Malaysia secara keseluruhan. Bar dan pusat hiburan yang terlalu banyak menyebabkan orang kita janggal untuk berasa di kawasan “elit” tersebut.

Tetapi, tahukah anda sejarah pembukaan Bandaraya Kuala Lumpur sebenarnya menyaksikan orang Melayu adalah perintis yang mengasaskan “Segi Tiga Emas Kuala Lumpur” yang sebenar?

“Segi Tiga Emas Kuala Lumpur” sebelum penjajahan British merangkumi Sungai Klang, Sungai Batu dan Sungai Gombak – tiga kawasan paling strategik dan mempunyai nilai pelaburan paling tinggi ketika itu, bahkan sehingga ke hari ini.

Sempadan tiga sungai tersebut meliputi kawasan Gombak, Ampang, Sentul, Pusat Bandar Kuala Lumpur, Damansara, Petaling Jaya dan Klang. Nilai dan keluasan kawasan ini jauh lebih berharga berbanding The Golden Triangle of KL dan orang Melayu menyedari hal ini sebelum dijajah lagi.

Orang Mendeling dengan diketuai Sutan Puasa dan Raja Abdullah telah membangunkan industri perlombongan seawal tahun 1800 di kawasan tersebut. Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor pula telah dijadikan hub perdagangan yang mengimport komoditi bijih timah ke luar rantau Nusantara.

Sutan Puasa atau Abdullah Hukum (Gambar Kredit The Patriot)

Realitinya, sebelum Tanah Melayu dijajah, nilai kawasan strategik buat orang Melayu adalah kawasan yang secara tabii atau semula jadinya strategik bagi semua tamadun di dunia – kawasan yang subur dan mempunyai sumber alam serta dihubungkan dengan jaringan sungai atau laut. Di seluruh dunia, kawasan ini adalah pemula bagi bandar-bandar besar untuk berkembang.

Sebaliknya, apabila British datang menjajah Tanah Melayu, mereka mengubah apa yang strategik bagi kita kepada apa yang strategik bagi mereka – kawasan yang memberi untung paling maksima kepada empayar British. Ini termasuk dengan memisahkan Kuala Lumpur daripada Kesultanan Melayu, mengehadkan sempadan bandar yang hanya mereka boleh kawal, membina jaringan pengangkutan yang baru dan menentukan siapa yang layak mendiami kawasan tersebut.

Oleh itu, dominasi ke atas sesebuah bandaraya bukan sekadar siapa yang mampu membeli rumah di pusat bandar atau berapa angka gaji seseorang mampu peroleh dengan bekerja di bandar, tetapi apa yang lebih utama adalah – siapa yang mengawal naratif bandar tersebut?

______________________________
Hanis Noor ialah Kolumnis Fokus dan Pegawai Penyelidik IRIS Institute

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tragedi Spanish Flu, Pernah Ragut 35,000 penduduk Tanah Melayu dalam masa 2 tahun

Next Post

Wabak Covid-19 Dari Sudut Identiti Sosial

Related Posts
Skip to content