Tiga Syarat Hamas Sertai Kerajaan Baharu

Hamas-Logo-01

Pegawai Hamas berkata gerakan tersebut akan menyertai kerajaan campuran yang baharu dengan tiga syarat. Syarat-syarat itu adalah mengganti Perdana Menteri sekarang, Rami Hamdallah, berhenti melaksanakan program politik yang mengiktiraf Israel, serta kerajaan mestilah menunaikan perjanjian damai, termasuk mengiktiraf pekerja di bawah kerajaan bekas pimpinan Ismail Haniyeh yang lepas, lapor akhbar Al-Hayat London.

Ketua media Hamas, Dr. Salah Al-Bardawil menyebut bahawa program politik kerajaan merupakan sebab utama perselisihan antara Hamas dan Fatah, dan menyatakan gerakan itu tidak akan menyertai kerajaan yang menjalankan program politik bertentangan dengan pendiriannya.

“ Tiada apa yang akan membuatkan Hamas menerima program yang mengiktiraf Israel berhubung situasi semasa Timur Tengah,” tambah Al-Bardawil. Beliau turut menyatakan Hamas akan menyertai kerajaan dalam proses menyemak semula Dokumen Perdamaian Kebangsaan yang ditulis oleh tahanan Palestin pada 2006, yang mana bertindak sebagai asas kepada Perjanjian Mekah pada 2007 dan pembentukan kerajaan campuran di bawah pimpinan Haniyeh.

Seorang lagi pegawai Hamas berkata penyelesaian bagi perselisihan mengenai program politik kerajaan ini ialah melalui pembentukan kerajaan tanpa program berbaur politik ataupun kerajaan yang berpegang kepada Dokumen Perdamaian Kebangsaan.

Dalam mesyuarat yang diadakan pada hari Isnin di Ramallah, pimpinan Palestin telah menubuhkan jawatankuasa untuk berhubung dengan semua parti dalam usaha membentuk kerajaan campuran. Sumber daripada jawatankuasa tersebut memberitahu bahawa mereka telah mula berhubung dengan semua parti termasuk Hamas dan Jihad Islami.

Pimpinan Palestin berkata bahawa mereka menanti persetujuan Hamas untuk turut serta dalam kerajaan baharu dan membenarkan penyatuan semula Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Ahli Jawatankuasa Pusat Fatah, Mohammed Ashtiya menyebut bahawa kerajaan campuran merupakan keperluan politik dan negara di samping menambah, “ Kita menderita dengan masalah politik maka kita mesti membentuk kerajan yang mampu menyelesaikan masalah ini. Penyertaan Hamas dalam kerajaan baharu dan persetujuan Jihad Islami adalah penting ke arah penyatuan semula Tebing Barat, Gaza dan institusi-institusi negara.

“ Kerajaan Palestin selama ini sentiasa melaksanakan program politik untuk Mahmoud Abbas, kita tidak meminta Hamas atau Fatah atau melaksanakan program ini atau mengiktiraf Israel. Buat masa sekarang, Fatah tidak mengiktiraf Israel.”

Jika usaha membentuk kerajaan campuran ini tidak berjaya, Presiden Abbas dijangka akan mewujudkan kerajaan campuran dengan parti PLO.

Sumber: MiddleEastMonitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kenapa Malaysia Perlu Menolak TPPA (Siri 2)

Next Post

Pilihanraya Presiden AS 2016: Implikasi terhadap Laut China Selatan

Related Posts
Skip to content