UK isytihar Tamatkan Lockdown, Bakal Jadi Eksperimen Keberkesanan Imuniti Kelompok

UK kini antara negara pertama mengisytiharkan untuk tidak lagi mengenakan lockdown bermula 19 Julai 2021, tatkala angka liputan vaksinasi bagi dos kedua kini mencecah 70%.

Maka, UK kini menjadi salah satu negara pertama yang menjadi ‘bahan eksperimen’ untuk melihat sama ada imuniti kelompok mampu memainkan peranan.

Maka, banyak pihak termasuk saintis menjangkakan bahawa kes jangkitan serta kematian akan kembali meningkat dalam beberapa masa terdekat. Saintis juga memberi amaran, dengan tidak melaksanakan aspek lockdown ataupun restriction ini, ini juga bermakna; nasib golongan kanak-kanak kini dipertaruhkan kerana kelompok ini akan terdedah kepada jangkitan COVID-19 secara berleluasa.

Situasi yang akan berlaku kepada UK nanti sebenarnya akan menjadi penanda aras atau penunjuk sebenar bagaimana kita boleh keluar daripada pandemik ini. Jika tindakan UK gagal (berlaku peningkatan kematian mendadak secara berleluasa), maka banyak pengajaran penting boleh diambil termasuklah pelaksanaan SOP ketat tetap perlu ditekankan walaupun liputan vaksin sudah hampir mencapai sasaran asas. Jika berjaya, ini menjadi penanda baik bahawa kita akan kembali ke normal biasa tidak lama lagi.

Amin Rukaini Bin Mustafa
Pensyarah/Felo Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia
Universiti Malaysia Perlis

*Tulisan ini pertamanya ditulis di Facebook peribadi Dr Amin Rukaini MustafaTulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Fokus.my

Artikel lain berkenaan COVID-19:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amerika Berundur dari Afghanistan: Apa Selepas Ini bagi Kuasa-Kuasa Besar?

Next Post

Defisit fiskal negara dijangka cecah 6.5-7%, menghampiri rekod tertinggi tahun 2008/09

Related Posts
Skip to content