Krisis Yaman & Syiah Houthi

Hari ini, di Yaman sedang hangat berlakunya peperangan di antara Kerajaan Yaman dan pemberontak Syiah Houthi. Sebenarnya bibit persengketaan di kedua belah pihak telah berlaku lama sejak berlakunya Revolusi Iran pada tahun ‘1962’. Projek Iranisasi di Yaman yang didasari polisi wilayatul faqeh telah disalurkan melalui golongan syiah di sana seperti Houthi dan Al-Jaaruudiyyah dengan pelbagai cara seperti dana, biasiswa, penyusupan dalam agensi-agensi kerajaan . Antara projeknya ialah, memulakan kembali hubungan diplomasi diantara Iran-Yaman, pada zaman Muhammad Al-Khattami dan ‘Ali Abdullah Saleh. Kesan yang zahir ialah mereka telah meminta untuk dinamakan satu jalan dengan pembesar Syiah Houthi yang masyhur iaitu, Hussein Al-Houthi. Selain itu, mereka telah berjaya menubuhkan channel televisyen dan media yang menaikkan bendera Syiah seperti Al-‘Alam, Al-Manar, Al-Anwar, Al-Kauthar.

Malahan, Iran telah menggalakkan penubuhan parti politik serta memberi dana dalam usaha membina pangaruh dan pandangan umum kepada rakyat Yaman terhadap syiah. Mereka telah menyusup dalam agensi kerajaan, dan seorang menteri Yaman, Syaif Al-Aghbari, telah memohon kepada Iran supaya diberhentikan kemasukan dalam kementerian dalam negeri juga menyokong Syiah Houthi. Bahkan, bukan sahaja Iran yang menyokong Syiah Houthi, Menteri luar Iraq Hammam Hamudiy telah mengusulkan untuk membina pejabat rasmi untuk mereka di Baghdad dan parti pembangkang di Bahrain yang pro syiah telah membangkang usul yang menyokong kerjasama antara Bahrain dan Arab Saudi untuk memerangi Houthi.

 

Separatis-Houthi-dan-Revolusi-Syiah-di-Yaman-720x340

Puak Pemisah Syiah Houthi 

Dari segi pendidikan pula, diedarkan buku ‘Asr Az-Zhuhur yang menceritakan tentang kebangkitan Imam Mahdi yang bertempat di kampung mereka Khoulan, Sha’dah. Iran juga telah memberi biasiswa kepada kumpulan pemuda Syiah Houthi atau dikenali sebagai As-Syabab Al-Mukmin. Perkara yang ajaib tentang Projek Iranisasi ialah mereka telah mengedarkan buku-buku tentang kepercayaan Imamiyah walhal fahaman mereka sungguh berlainan dengan syiah imamiyah, bahkan Imamiyah mengkafirkan golongan Syiah Zaidiyyah itu sendiri. Menghidupkan budaya-budaya Syiah Imamiyah juga adalah cara Iran meluaskan pengaruh mereka. Acara-acara seperti Hari Ghadeer, Karbala’, Maulud nabi dengan cara syiah telah digerakkan

Bantuan ketenteraan adalah salah satu dalil yang menunjukkan peri bahayanya Projek Iran dalam meluaskan kepentingannya di Yaman. Menteri penerangan Yaman, Hasan Al-Lawzi telah berterus terang bahawa memang terdapat sokongan dari segi logistik dari Iran kepada puak pemberontak di Sha’dah. Pengawal revolusi Iran juga telah berkata dengan berterus terang; “Teluk Aden akan dihuru-harakan dengan kewujudan kami dan roket-roket kami akan menghujani mana-mana tempat di Yaman.” Suatu maklumat yang telah menggerunkan kita ialah Iran, Iraq, Syria serta Hizbullah telah memberikan latihan ketenteraan untuk puak syiah Houthi serta memberikan latihan untuk membuat periuk api dan membina gudang-gudang senjata

Secara ringkasnya, Iran memasuki politik di Yaman adalah untuk memberi sokongan kepada puak Syiah Houthi bagi kepentingan-kepentingan Syiah secara amnya dan Iran secara khususnya. Mereka ingin menguasai laut merah dan Teluk ‘Aden. Oleh itu, mereka telah cuba menggunakan nama Imamiyah dan ahlul bait melalui syiah Houthi untuk mendapatkan sokongan dan simpati setelah mereka memberikan dana dan bantuan kepada puak ini. Maka oleh itu, kita perlu menyedari betapa bahayanya puak Syiah Houthi ini dan kesannya adalah amat ketara pada masa ini.

*Dipetik dari kertas kerja Dr Abdul Hamid An-Nahmiy, Profesor dalam bidang Al-firaq dan Almazahib di Universiti Sains dan Teknologi, Yaman, dalam buku “Al-masyru’ Ak-Iraaniy Fi Al-Mantiqah Al-Arabiyyah Wa Al-Islamiyyah.”

Anas Bad Latif

Penyelidik di Kajian Ideologi Barat & World Order

Al-Quds Centre for Studies & Development

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

DUALISME:RACUN PEMIKIRAN MANUSIA

Next Post

Sejarah Amerika Bermula Daripada Radical Protestanism

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content