Netanyahu Disiasat atas Jenayah Perbelanjaan

 

Netanyahu dan isterinya, Sara (AFP photo)
Netanyahu dan isterinya, Sara (AFP photo)

Sumber rasmi Kementerian Hal Ehwal Kehakiman Israel berkata pada hari Selasa lalu bahawa keputusan Peguam Negara, Yehuda Weinstein mengeluarkan arahan supaya melakukan siasatan ke atas perbelanjaan berlebihan Netanyahu adalah berikutan siasatan awal kes tersebut pada bulan Februari.

Pada 26 Februari, pejabat Weinstein menyebut dalam satu kenyataan bahawa bukti yang dikumpul dari kediaman rasmi Netanyahu dan kediaman peribadi beliau, termasuk testimoni daripada bekas pekerja di kediaman tersebut, telah meyakinkan para hakim untuk menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Pejabat Peguam Negara “ percaya perlunya siasatan berhubung pelbagai kes salah laku yang pada akhirnya akan diputuskan sama ada akan dijalankan siasatan jenayah ataupun tidak,” tambah kenyataan tersebut.

Perdana Menteri Israel itu menghadapi tuduhan memindahkan perabot yang dibeli untuk kediaman rasmi ke rumah rehat beliau di bandar Caesarea di wilayah Palestin, dan menggunakan duit rakyat untuk mengupah juruelektrik yang bertugas di sana.

Siasatan ini juga memeriksa laporan yang mengatakan bahawa Sara, isteri Netanyahu telah mengumpul sebanyak USD 1,000 daripada deposit botol kosong yang dipulangkan daripada kediaman rasmi ketika keberadaan mereka di situ.

Netanyahu dilaporkan mengecam laporan tersebut sebagai satu kempen kotor. Sejak beberapa tahun lalu, beberapa laporan telah dikeluarkan berkaitan gaya hidup mewah keluarga itu. Misalnya, sejumlah USD 127,000 dana awam dibelanjakan untuk kabin tidur di atas pesawat.

Turut didedahkan mengenai citarasa mewah isteri Netanyahu dan layanan buruk beliau kepada para pekerja.

Terjemahan: Ainun Mardhiah Jamaluddin

Sumber: PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tebing Barat: Pemuda Palestin Dibunuh Israel

Next Post

Resolusi ASEAN Untuk Konflik Rohingya

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content