Agenda AS di Timur Tengah Hanya Menguntungkan Israel

Rodney Martin (kanan) seorang aktivis Amerika dan juruhebah radio di California lantang menyurakan pendapatnya dalam menentang AS.
Rodney Martin (kiri) seorang aktivis Amerika dan juruhebah radio di California lantang menyurakan pendapatnya dalam menentang AS.

Agenda Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah adalah ingin memelihara dan mengukuhkan Israel, mengaut sumber semula jadi dan menggugat kestabilan di kebanyakan negara Islam di rantau tersebut, kata aktivis Amerika dan juruhebah radio di California.

Puak pengganas Daesh (ISIL) telah dicipta oleh AS dan sekutunya bagi menjayakan tiga objektif Zionis di Timur Tengah, kata Rodney Martin, salah seorang kakitangan yang telah lama berkhidmat di kongres AS.

Rusia pula sedang membentuk sekutu geologinya dengan Iran dan negara-negara Asia yang lain untuk menentang rangkaian pengganas ISIL dan menyerang balas hegemoni (penguasaan) dan kolonialisme (penjajahan) AS, lapor Martin pada Press TV, Selasa lalu.

”Kolonialiasme Barat masih wujud dan mereka hanya menjenamakannya semula dengan menamakan sebagai demokrasi dan menyebarkan kebebasan,” tambahnya lagi. ”Sebenarnya ia lebih menjurus kepada kolonialisme Amerika melalui kapitalisme yang mencengkam dan penghambaan negara dengan cara berhutang yang melampau dan pemusnahan budaya”.

Satu laporan Pentagon baru-baru ini yang mendakwa Pegawai Kanan Tentera AS telah memanipulasi kesimpulan laporan berkenaan peperangan menentang ISIL, merupakan sebahagian daripada taktik penyelewengan oleh perisikan yang telah lama dilakukan oleh pegawai AS bagi menghuru-harakan Timur Tengah, hujah Martin.

AS gagal tewaskan ISIL

Satu pakatan yang diketuai AS sedang menjalankan serangan udara di Syria dan Iraq serta ISIL menjadi sasarannya. Lebih kurang setahun yang lalu, AS memulakan serangan terhadap puak pelampau di Syria dan Iraq namun masih gagal menewaskan puak tersebut daripada menguasai kebanyakan kota utama di dua negara itu.

Penganalisis perisikan yang bekerja untuk Pusat Pemerintah AS, yang memantau peperangan Amerika di Syria dan Iraq, berkata pimpinan sektor perisikan mereka telah ditolak atau ditindas dengan penilaian negatif berikutan kedudukan AS dalam konflik menentang ISIL dan al-Qaeda, lapor media.

Dalam beberapa kes, pegawai tinggi tentera telah mengubah laporan kritikal agar selari dengan kata-kata rasmi pentadbiran Obama yang dikenali sebagai kempen anti-ISIL yang semakin berhasil dan bakal berakhir dengan pemusnahan puak terbabit.

 

Penterjemah : Nurul Fitrah Abdullah

Sumber : Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Strategi Pivot To Asia-Pacific Obama – Satu Provokasi

Next Post

Donald Trump Pengecut, Bimbang Pelarian Syria Pengganas

Related Posts
Skip to content