Turki, Saudi dan Qatar bekerjasama selamatkan Presiden Morsi

4037074337
Erdogan (kanan) bergambar bersama Presiden Morsi (kiri) di Ankara pada 2012

Akhbar Turki Takvim melaporkan bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sedang mencari jalan untuk menyelamatkan Presiden Mesir yang sah, Dr Mohamed Morsi lepas dari hukuman mati yang dikenakan ke atas beliau pada minggu lalu.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa Erdogan, bekerjasama dengan Arab Saudi dan Qatar, sedang mengusahakan untuk bawa Morsi ke Turki.

Abdel Fattah Al-Sisi masih tidak memberikan apa-apa respon berkenaan hal itu, namun dalam masa yang sama, beliau berpendirian mahu ‘menghapuskan’ Morsi.

Dilaporkan bahawa Al-Sisi telah berbincang dengan Perdana Menteri Mesir, Ibrahim Mehlib dan Menteri Pertahanan Mesir, Sedqi Subhi berkenaan isu tersebut. Mehlib mencadangkan untuk membuang terus Morsi dari negara itu, memandangkan protes keganasan dijangka akan berlaku jika hukuman mati tetap dilaksanakan.

Sumber : MiddleEastMonitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rejim Israel Rampas 790 Harta Milik Rakyat Palestin di Jerusalem

Next Post

Erdogan : Bagi saya, Morsi ialah Presiden Mesir

Related Posts
Skip to content