Presiden Jerman Enggan Bertemu As-Sisi

norbert_lammert-660x330 (1)

Presiden Jerman, Norbert Lammert, menjustifikasi tindakan beliau membatalkan perjumpaan dengan Presiden Mesir, Abdul Fattah As-Sisi atas sebab tiada apa yang perlu dibincangkan berikutan lemahnya pengamalan demokrasi di Mesir. Beliau berkata demikian kepada agensi berita Anadolu. Pertemuan tersebut pada awalnya dijadualkan sebagai sebahagian daripada rangka lawatan As-Sisi ke Jerman pada bulan depan.

Menurut Lammert, beliau dijangka akan membincangkan kemungkinan untuk mengadakan pilihan raya Mesir dalam perjumpaan tersebut. “ Perkembangan terkini Mesir menunjukkan secara jelas bahawa tiada lagi demokrasi dalam isu politik,” kata beliau, “ maka tiada lagi topik yang perlu diperbincangkan bersama As-Sisi.”

Berikutan hukuman mati ke atas ramai tahanan termasuk presiden Mesir pertama yang dipilih secara sah, Mohamad Morsi, Lammert menyebut bahawa terdapat banyak organisasi hak asasi manusia antarabangsa telah menyatakan keprihatinan mereka terhadap kesahihan kes tersebut dan kebebasan mahkamah. “ Walaupun Mesir dikira sebagai negara rakan dan negara yang penting,“ sambung ahli politik itu lagi, “ bentuk pertemuan dan komunikasi ini adalah bergantung kepada keperluan kriteria politik yang dikira penting oleh parlimen.“

Lammert turut menekankan kepentingan untuk tidak mengabaikan hak asasi manusia dan faktor-faktor lain dalam usaha mengekalkan kestabilan negara. “ Saya tidak dapat menerima hak asasi manusia digadaikan demi kestabilan negara,” tambah beliau lagi. “ Mesir sepertimana negara lain berhak membuat keputusan peribadi, tetapi tempoh yang lama telah berlalu tanpa sebarang tindakan selepas pembubaran parlimen yang telah terpilih, pengasingan presiden yang telah diundi, dan kenyataan berkenanaan melaksanakan perubahan.” Tegas Lammert, aspirasi rakyat Mesir ke arah pemodenan dan institusi demokratik tidak boleh diabaikan.

Beliau juga menyatakan bahawa rejim Mesir kini tidak menunaikan janji yang dibuat berhubung perdamaian politik serta proses pilihan raya, dan tidak mengambil sebarang langkah serius ke arah itu. “Oleh yang demikian, perjumpaan bersama presiden Mesir adalah sia-sia.”

Parlimen Jerman telah memaklumkan mengenai pembatalan pertemuan tersebut kepada kedutaan Mesir di Berlin. “ Rejim Mesir tidak mengumumkan tarikh penangguhan pilihan raya parlimen, menahan pihak pembangkang tanpa tuduhan yang jelas termasuk mantan Ketua Parlimen Mesir, Saad Katatni serta memutuskan untuk menghukum ramai orang,” menurut kenyataan parlimen Jerman. Tindakan pihak berkuasa Mesir ini “ tidak menyumbang kepada pengukuhan kestabilan, demokrasi dan keamanan negara Mesir, oleh itu Presiden Jerman,Lammert tidak melihat sebarang keperluan kepada perjumpaan bersama As-Sisi.”

Membalas tindakan Jerman itu, kerajaan Kaherah telah mengumumkan kenyataan ringkas bahawa pihaknya tidak memohon sebarang pertemuan bersama Norbert Lammert. Menurut Mohamad Hijazi, Duta Mesir ke Jerman, perjumpaan tersebut dipohon oleh Jerman sendiri.

Terjemahan oleh: Ainun Mardhiah Jamaluddin

Sumber: https://www.middleeastmonitor.com/news/europe/18792-president-of-german-parliament-explains-refusal-to-meet-al-sisi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Erdogan: Demokrasi Ertinya Menghormati Kehendak Rakyat

Next Post

Davutoğlu : Al-Aqsa Milik Kita Selamanya

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content