Wayang Politik Sekular di Tunisia

Di Tunisia, Presiden Kais Saeed yang sebelum ini ‘memakzulkan’ Perdana Menteri (PM) dan Parlimen Tunisia, baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa sejumlah $4.8 bilion ‘duit rakyat’ telah dirompak oleh seramai 460 orang ahli perniagaan Tunisia.

Kais menawarkan ‘penyelesaian’ cara baik – tiada penjara atau hukuman dikenakan – jika mereka ini semua ‘memulangkan’ kembali duit rakyat yang telah dirompak tersebut.

https://www.middleeasteye.net/video/tunisia-coup-kais-saied-calls-return-plundered-public-money-purge-officials-continues

Seorang pengulas politik Timur Tengah menyatakan komennya terhadap kenyataan Kais ini:

“Apa yang dituduh ini belum tentu benar-benar satu kenyataan. Kalau ada penghakiman yang telus baru boleh buktikan betulkah ini satu rompakan wang rakyat. Samada 460 orang ini sebenarnya sedang diugut, atau mereka sedang berpakat (dengan Kais) untuk sama-sama mengaut jumlah wang tersebut! Apa yang Kais lakukan ini sebenarnya satu jenayah kepada rakyat Tunisia, dan satu penghinaan kepada institusi kehakiman!”

—-

Saya kongsikan kenyataan tersebut untuk mengajak para pembaca berfikir dan perhatikan elok-elok bagaimana skrip wayang politik dimainkan untuk mencapai banyak objektif dalam satu masa.

Apa yang sedang Kais lakukan ini (jika benar ulasan di atas) membolehkan beliau untuk:

1. Menjustifikasi perintahnya untuk melucutkan kuasa PM dan Parlimen

2. Mendapatkan sejumlah amaun yang cukup besar – untuk memperkukuhkan kem kroninya, menjalankan strategi politik seterusnya (sekiranya ada pilihanraya), serta untuk kepentingan poket peribadinya.

3. Mengekalkan imej hero negara dan rakyat dalam kemelut politik yang sedang berlaku di Tunisia

4. Mengembalikan struktur kuasa lama di Tunisia (pra Arab Spring)


Pendek cerita; dalam babak-babak politik nasional, kita tidak boleh membacanya selapis seperti yang keluar di dada media. Anda boleh memilih untuk bertepuk sorak di tepi gelanggang sebagai reaksi kepada apa yang dipertontonkan kepada anda dalam wayang politik tersebut, atau mencari dan menyelidik lebih lanjut tentang pergerakan sebenar yang berlaku (ia tidaklah sepenuhnya dapat disembunyikan pun).

*Komentar ini pertamanya diterbitkan di Facebook Peribadi Syed Ahmad Israa’, CEO IRIS Institute

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kekurangan cip semikonduktor akan berterusan sepanjang tahun – Moody’s Analytics

Next Post

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$111.1 bilion

Related Posts
Skip to content