FF3 : Tekanan Dunia Henti Sekatan Israel ke atas Gaza

 

image1) Menurut laporan Anadolu, sekumpulan rakyat Palestin menuduh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersubahat dengan Israel berhubungan serangan ke atas Freedom Flotilla III; sebuah konvoi armada bertujuan menghentikan sekatan Israel selama sembilan tahun ke atas Gaza.

Pemimpin Jihad Al-Islami fi Palestin, Khalid Al-Batsh memberitahu di dalam suatu sidang akhbar,

“Penduduk Palestin dan gerakan-gerakan Islam menyatakan sokongan mereka kepada Freedom Flotilla dan aktivis-aktivis yang turut serta di atas Marianne; yang telah diserang oleh tentera Israel awal pagi Isnin lalu di dalam pelayarannya ke Gaza.”

Lima daripada sayap kiri dan kanan gerakan Islam Palestin turut menyertai sidang akhbar berkenaan, yang berlangsung di pelabuhan Gaza.

Al-Batsh menambah,

“Kami berharap PBB dan kerjasama antarabangsa memberi perlindungan kepada kapal-kapal yang menyertai armada ke Gaza serta menjamin ketibaan mereka di Gaza. Namun, kelihatan seperti PBB merupakan rakan subahat Israel berhubung rampasan ke atas armada tersebut.”

Beliau menyeru Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon supaya mengaktifkan perlindungan antarabangsa kepada kapal-kapal yang menuju ke Gaza, dan Israel harus bertanggungjawab ke atas akibat serangan yang mereka jalankan ke atas Marianne. Beliau turut meminta kerjasama antarabangsa menambahkan tekanan sedia ada ke atas Israel; supaya sekatan terhadap Gaza dihapuskan dan pembinaan sebuah pelabuhan yang menghubungkan Palestin dan dunia luar dapat dilaksanakan.

2) Pengerusi Majlis Ulama’ Antarabangsa, Yousef Al-Qaradawi mendesak Israel menghentikan sekatan ke atas Semenanjung Gaza serta mengalu-alukan kedatangan para peserta Freedom Flotilla III termasuklah bekas presiden Tunisia, Moncef Marzouki.

Di dalam sebuah kenyataan beliau di laman sosial Facebook,

“Meskipun penindasan berleluasa, namun terdapat ramai individu dari serata dunia yang berani mencabar penindas [Israel] dan membela mereka yang ditindas. Mereka mengabaikan kesukaran untuk mencapai matlamat sampai ke Gaza. Kami menyanjung usaha berani setiap daripada peserta.”

Sekatan ke atas Gaza telah menyebabkan lebih daripada dua juta penduduk Palestin terpaksa tinggal di bawah runtuhan-runtuhan bangunan, tanpa pekerjaan, tanpa pendidikan, mahupun kelengkapan kesihatan yang sempurna. Al-Qaradawi memberitahu, penghapusan sekatan oleh Israel sangat-sangat diperlukan bagi membolehkan penduduk Palestin menjalani kehidupan seperti biasa.

3) Timbalan Ketua gerakan Hamas, Ismail Haniyeh mengeluarkan sebuah kenyataan yang berbunyi, “Freedom Flotilla telah berjaya ‘mencapai’ matlamat meskipun kini berada dalam tawanan tentera Israel.”

Beliau mengulang antara matlamat konvoi tersebut yang ingin menunjukkan kepada dunia, ‘wajah’ sebenar Israel, serta membangkitkan semula isu sekatan Israel ke atas Gaza yang semakin dilupai oleh dunia antarabangsa.

Beliau menganggap tindakan Israel ke atas Freedom Flotilla III sebagai suatu bentuk “Lanun Zionis”; pencabulan ke atas undang-undang antarabangsa dan norma-norma diplomasi, apabila Israel menahan Moncef Marzouki, serta membuktikan ‘wajah’ pengganas sebenar Israel yang menghalang sebarang urusan keluar dan masuk ke Semenanjung Gaza.

Beliau memuji tindakan Moncef Marzouki yang mewakili revolusi Arab Spring, yang menunjukkan sokongan terhadap isu Palestin serta para aktivis yang berkenaan yang sanggup menggadai nyawa untuk meruntuhkan ‘tembok’ pemisah Israel ke atas Palestin daripada berhubungan dengan dunia luar.

4) Ahli parlimen, badan-badan kerajaan, rakyat jelata bahkan raja Jordan menunjukkan sokongan yang penuh serta solidariti terhadap konvoi Freedom Flotilla III dan segala usaha yang dilaksanakan bagi membebaskan Gaza daripada sekatan oleh Israel.

Sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaher Birawi, penyelaras International Committee for Breaking the Siege of Gaza melaporkan; Atef Tarawneh, jurucakap parlimen Jordan memberitahu, Raja Abdullah telah mengeluarkan arahan supaya parlimen Jordan mengadakan suatu sesi perbincangan bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memberi perlindungan kepada armada kapal yang menuju ke Semenanjung Gaza; yang turut disertai oleh ahli parlimen Jordan, Yahya Al-Saud dan Zakaria Al-Sheikh.

“Jordan bersedia menggalas tanggungjawab melindungi misi keamanan konvoi armada Freedom Flotilla III dan pada yang sama menghalang serangan daripada tentera laut Israel.” -Atef Tarawneh.

 

Nureen Adnan

Sumber : MEM [1][2][3][4]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rundingan Akhir TPPA Bermula Akhir Julai Ini?

Next Post

“Muslim Uighur Pengganas”, balas China Kepada Turki.

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content