Pemilikan dan Penglibatan Syarikat Bumiputera dalam Sektor Logistik Masih Rendah, Syarikat Asing dan Bukan Bumiputera Dominasi Sektor Logistik dalam Negara

Pemilikan syarikat logistik dalam kalangan bumiputera masih rendah. Menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), hanya 21% dari 3,352 syarikat yang berdaftar dibawah bidang pengangkutan dan penyimpanan yang dimiliki oleh golongan bumiputera pada tahun 2021. Selebihnya adalah syarikat milikan asing dan bukan bumiputera iaitu sebanyak 42% pemilik adalah daripada kalangan rakyat Malaysia berbangsa Cina. (Teraju)

Selain itu, penglibatan yang tinggi tenaga kerja bumiputera dalam sektor logistik sebanyak 62.28% adalah sebagai pekerja, bukan pemilikan syarikat. Malah, purata gaji bumiputera dalam sektor ini hanyalah RM2,481. Hal ini kerana, kebanyakan daripada mereka merupakan pekerja separa mahir (53.8%) dan kurang mahir (26%). (Teraju)

Dari sudut pemilikan ekuiti pula, pemilikan ekuiti bumiputera dijangka terus merosot. Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata mengikut data yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan ekuiti warga asing meningkat daripada 37.2% pada tahun 2011 kepada 45.3% pada tahun 2015. Pegangan ekuiti bukan bumiputera menurun daripada 34.8% kepada 30.7% dalam tempoh yang sama. Manakala pemilikan ekuiti bumiputera turut jatuh dari 23.4% kepada 16.2%. (AstroAwani)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pulau Daat, Labuan Dibeli Warga Asing dengan Harga RM80 Juta, Gadai Potensi Pembangunan Sumber Alam Tempatan

Next Post

Filipina, Vietnam Tingkat Kerjasama Keselamatan Maritim di Bawah Perjanjian Baharu, Langkah Atasi Peningkatan Provokasi China di Laut China Selatan 

Related Posts
Skip to content