Krisis Laut Merah Beri Tekanan kepada Perdagangan Asia, Aktiviti Perkapalan dan Eksport Komoditi Malaysia ke Eropah Turut terjejas

Krisis di Laut Merah telah mengganggu penghantaran kontena global, terutamanya di sepanjang koridor Asia-Eropah yang kritikal. Menurut BMI Research, gangguan itu telah mendorong kapal untuk mengubah hala seterusnya meningkatkan kos penghantaran dan meningkatkan masa transit. (ChinaDaily)

Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai menggesa syarikat perkapalan (termasuk pengeksport dan pengimport) supaya meneliti strategi perniagaan masing-masing untuk melindungi rantaian bekalan, meminimumkan kelewatan bagi memenuhi permintaan pelanggan di samping mengurangkan impak situasi di Laut Merah. Dalam pada itu, beliau juga menyarankan agar pengilang mengalihkan pergantungan mereka kepada sumber dari dalam rantau ASEAN. (SinarHarian)

Selain itu, krisis ini dijangka memberi kesan kepada eksport komoditi Malaysia seperti minyak sawit ke Eropah. Setakat 2022, Kesatuan Eropah menyumbang 9.4% daripada jumlah eksport Malaysia. Meskipun Malaysia cuba beralih ke pasaran China dengan peningkatan eksport minyak sawit sebanyak 500,000 tan setahun, pasaran Eropah masih merupakan pengimport kedua terbesar minyak sawit Malaysia selepas India. (NST)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Filipina, Vietnam Tingkat Kerjasama Keselamatan Maritim di Bawah Perjanjian Baharu, Langkah Atasi Peningkatan Provokasi China di Laut China Selatan 

Next Post

Sarawak Rancang Ambil Alih Autonomi Alam Sekitar daripada Persekutuan, Bakal Perkukuh Agenda Tenaga Hijau Sarawak

Related Posts
Skip to content