Hampir 80 ribu Tandatangan Petisyen UK Tahan Netanyahu di Britain

ce0b6cbdcb81691ae50420f2885ba120c60a35f0

Hampir 80,000 orang telah menandatangani satu petisyen yang menggesa penahanan segera Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atas jenayah perang apabila beliau melawat London pada bulan hadapan.

Petisyen tersebut yang dilancarkan awal bulan ini oleh rakyat Britain, Damian Moran dan disiarkan dalam laman sesawang kerajaan.

“Di bawah undang-undang antarabangsa, beliau sepatutnya ditahan ketika ketibaan beliau di UK atas kesalahan pembunuhan beramai-ramai terhadap 2,000 orang awam pada 2014,” Moran berkata merujuk kepada serangan selama 51 hari oleh tentera Israel ke atas Gaza tahun lepas.

Jika bilangan tandatangan mencecah 100,000, petisyen itu boleh dipertimbangkan untuk perbahasan di parlimen Britain.

Moran walaubagaimanapun melahirkan kebimbangan beliau kepada pihak media berikutan hubungan rapat antara Israel dan Britain.

Kerajaan British bertanggungjawab memberikan maklumbalas apabila dokumen tersebut menerima 10,000 tandatangan, dengan berkata bahawa “ kunjungan bagi melawat ketua kerajaan lain, seperti Perdana Menteri Netanyahu, mendapat perlindungan daripada prosedur sah, dan tidak boleh ditahan.”

“Kami jelas bahawa konflik di Gaza pada tahun lepas mengakibatkan kemusnahan yang teruk.”

“Seperti yang disebut oleh perdana menteri (David Cameron), kami semua sangat sedih dengan keganasan yang berlaku dan UK telah tampil di barisan hadapan dalam usaha membaikpulih antarabangsa.

“Walaubagaimanapun Perdana Menteri telah jelas dengan pengiktirafan UK terhadap hak Israel untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan negara mereka, dalam batasan undang-undang kemanusiaan sejagat.”

Britain sedang mendesak untuk solusi dua buah negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin dan “akan menekankan mesej ini kepada Encik Netanyahu dalam kunjungan beliau” pada September, menurut respon itu lagi.

Mana-mana rakyat British berhak melancarkan petisyen dalam laman rasmi kerajaan, memohon tindakan khusus daripada kerajaan atau parlimen.

Hanya warganegara British yang layak menandatangani petisyen dengan memasukkan nama, alamat emel dan poskod yang sah.

Israel telah melaksanakan tindakan ketenteraan di Semenanjung Gaza yang diperintah oleh Hamas pada 8 Julai tahun lepas, yang membawa kepada lebih 2,000 kematian rakyat Palestin dan 66 orang tentera Israel.

Peguam British yang pro-Palestin gagal dalam cubaan menahan bekas menteri keadilan Israel Tzipi Livni berhubung perang Gaza 2008-2009.

Kedutaan Israel di London menggelarkan petisyen tersebt sebagai  satu “ gimik publisiti murahan”.

 

Terjemahan : Ainun Mardhiah Jamaluddin

Sumber: AlMonitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Meneruskan Aktiviti Pemusnahan Palestin; kini di Timur al-Quds

Next Post

Apa yang anda perlu tahu tentang BERSIH 4.0?

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content