Seorang menteri Rusia mahu pejabat PBB dipindahkan ke negara neutral. Merujuk kepada Setiausaha Agung PBB, Igor Zotov berkata hos semasa – Amerika Syarikat – menggunakan kedudukannya untuk melaksanakan kuasa terhadap lawan politiknya.
Beliau berkata keputusan memindahkan pejabat utama PBB itu dibuat hasil persetujuan umum wakil kesemua negara di bawah PBB, pelbagai aktivis, ahli politik, dan pakar undang-undang dan politik .
Zotov menyebut bahawa kedudukan terkini pejabat PBB membolehkan AS untuk memanipulasi kerja General Assembly melalui laluan ‘selective’ ahli politik negara lain.
Inisiatif ini tercetus akibat skandal pada minggu lepas dimana pihak berkuasa AS mengeluarkan notis penangguhan dan visa yang terhad kepada Chair of the Russian Upper House, Valentina Matviyenko, yang bercadang untuk menghadiri persidangan inter-parlimen di ibu pejabat PBB dan juga untuk bertemu Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon di New York. Akibat daripada isu tersebut kesemua delegasi Rusia terpaksa membatalkan penyertaan dalam program tersebut dan perjumpaan antara Matviyenko dengan Ban terpaksa ditangguhkan.
Menteri Luar Negara Rusia melahirkan rasa berang terhadap sekatan visa oleh AS.
“The visa contains a number of unacceptable restrictions on Valentina Matviyenko’s stay in the United States,” the ministry said, adding that the American actions “constitute a flagrant violation of universally accepted norms of international law and are contrary to the obligations of countries hosting multilateral forums on their territory.”
Terjemahan oleh : Amirul Asyraf
Sumber : RT