Serangan di Paris – False Flag

Attack on the heart of France
Attack on the heart of France

Serangan Islamic State di Paris baru-baru ini mengakibatkan kematian seramai lebih 160 orang awam mati dan lebih 99 orang dilaporkan cedera dan angka ini dijangka meningkat lebih tinggi dari angka sedia ada.

Umat Islam di seluruh dunia mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan ini namun, media Barat cuba memburukkan suasana dengan gambaran Islamofobia yang telah sedia ada menebal di masyarakat Barat.

Timbul persoalan, bagaimana kawalan keselamatan yang telah diperkembangkan dan diperluaskan oleh pihak berkuasa Perancis boleh terlepas pandang perkara ini?

Selepas serangan Charlie Hebdo pada Januari lepas, Perancis telah mengeluarkan satu undang-undang pengawasan baru bagi mengawasi rakyat Perancis atau sesiapa yang memilik perkaitan dengan gerakan pengganas.

Menurut undang-undang tersebut, pihak berkuasa dibenarkan untuk mengintip telefon bimbit dan alat eletronik rakyat tanpa kebenaran mahkamah. Mereka dibenarkan untuk memaksa pengguna server internet dan syarikat telefon untuk menyerahkan data seandainya di minta.

Unit risikan diberi kebenaran untuk meletakkan kamera dan alat perakam di rumah peribadi dan memasang keylogger service yang akan merekod setiap pergerakan di komputer yang menjadi sasaran.

Isi paling kontroversi undang-undang ini adalah ia akan membenarkan pusat risikan ‘menyerap’ metadata yang akan di analisis untuk mengesan suspek yang dicurigai. Walaupun identiti metadata itu  dalam keadaan anonymous namun pihak perisikan boleh memberi metadata tersebut kepada sebuah panel bebas untuk pengawasan yang lebih mendalam bagi menghasilkan identiti pengguna.

Jeneral Tentera Amerika Syarikat yang telah bersara,Wesley Clark telah ditemu ramah pada tahun 2007, dan dalam temu ramah itu beliau telah menjelaskan bahawa pentadbiran Bush ingin menawan 7 negara dalam jangka masa 5 tahun dari tahun 2007 iaitu Iraq, Syria, Lebanon, Lybia, Somalia, Sudan, dan Iran.

Ken O’Keefe telah menjelaskan tentang projek Greater Israel dan balkanization yang dibuat kepada negara sekitar Israel supaya mereka berada dalam keadaan tidak stabil.

Usaha ini kini telah dapat dilihat dengan berlakunya kekacauan di Syria, Iraq, Saudi Arab, Yemen dan sebagainya. ISIS hanyalah kuda tunggangan Amerika Syarikat dan sekutunya supaya memberi mereka sebab untuk menghantar tentera seperti di Iraq dan Afghanistan dahulu.

 

 Amirul Asyraf

Penganalisis IRIS

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

TPPA, Apa Langkah Seterusnya?

Next Post

Kota Paris Diserang Pengganas, Kem Pelarian ‘Jungle’ Dijilat Api

Related Posts
Skip to content