Yaman; Bekas Presiden di belakang Al-Qaeda?

yaman

Unit Penyiasatan Al Jazeera digemparkan dengan sebuah pertuduhan ke atas Ali Abdullah Salleh, bekas presiden Yaman, yang dikatakan menyokong malahan memberi arahan kepada al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), oleh bekas ‘pejuang’ Al-Qaeda.

Hani Muhammad Mujahid, 38, yang dulunya merupakan pengganas Al-Qaeda, mengambil keputusan untuk memberi maklumat kepada kerajaan Yaman, semasa sesi temu bual bersama-sama Al Jazeera, selama tiga hari yang berlangsung di luar Teluk.

Beliau memberitahu Al Jazeera bahawa sebilangan besar pemimpin Al-Qaeda kini berada di bawah penguasaan penuh Ali Abdullah Saleh, yang telah digulingkan daripada pemerintahan Yaman pada Februari 2012, meskipun Saleh ketika itu berada pada kemuncak pemerintahan.

Menurut beliau, Saleh telah merombak Al-Qaeda menjadi sebuah kumpulan penjenayah berorganisasi. Pada masa yang sama beliau merasakan bahawa Saleh bukan sekadar cuba memanipulasi Barat, bahkan seluruh dunia.

“Ali Abdullah Saleh turned Al-Qaeda into an organised criminal gang,” said Mujahid. “He was not only playing with the West. He was playing with the entire world.”

Pendedahan beliau di dalam sebuah program dokumentari, “Al-Qaeda Informant” telah disiarkan oleh Al Jazeera dari 4 Jun pada jam 8 malam GMT.

Antara pengakuan dan pendedahan beliau yang disiarkan termasuklah:

1. Beliau telah memberi amaran kepada sistem keselamatan Yaman tentang serangan Al-Qaeda ke atas kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Sanaa, sebanyak tiga kali sebelum kejadian tersebut; tiga bulan sebelum, seminggu sebelum, malahan tiga hari sebelum serangan. Malangnya, setelah diberitahu, serangan tetap terjadi pada September 2008, meragut 19 nyawa.

2. Kolonel Ammar Saleh, Timbalan Pengarah Biro Keselamatan Kebangsaan Yaman, yang merupakan anak saudara Ali Abdullah Saleh, pernah menyerahkan sejumlah besar dana kepada beliau untuk serangan ke atas kedutaan AS.

3. Beliau turut memberitahu agen-agen perisik Yaman berkenaan serangan ke atas para pelancong dari Sepanyol seminggu sebelum serangan tercetus. Sekali lagi beliau mengingatkan mereka tentang serangan itu beberapa jam sebelum kejadian, akan tetapi badan-badan keselamatan negara berdiam diri dan akhirnya tercetus serangan bom kereta yang telah membunuh lapan orang pelancong Sepanyol dan dua orang pemandu pelancong dari Yaman pada 2 Julai 2007.

4. Seramai tujuh orang pegawai kerajaan Yaman telah dimaklumkan perihal kedudukan Ibrahim Al-Asiri, seorang yang pakar dalam penghasilan bom AQAP, tetapi mereka masih gagal mengesan mahupun menangkap Ibrahim sehingga hari ini.

5. Qasim Al-Raymi, komander militari AQAP, mempunyai hubungan baik dengan ‘kerajaan’ pimpinan Ali Abdullah Saleh, terutamanya hubungan dengan anak saudara beliau, Kolonel Ammar Saleh, Timbalan Pengarah Biro Keselamatan Kebangsaan Yaman.

Afghanistan dan Pakistan

Mujahid menjadi ahli Al-Qaeda semenjak akhir 1990-an setelah beliau dilatih di kem Al-Faruq. Beliau juga berkesempatan bertemu ketua gerakan tersebut, Osama bin Laden susulan penghijrahan beliau ke Afghanistan.

Beliau kemudian menjadi pakar dalam menghasilkan bahan-bahan letupan, mengajar teknik-teknik penggunaan explosives tersebut kepada ‘pejuang-pejuang’ Al-Qaeda yang lain.

Selepas serangan 11 September 2001 ke atas AS, Mujahid yang menggelarkan diri beliau sebagai Abdul Hakim Jan, telah diserang oleh tentera-tentera AS di Afghanistan. Bersama-sama beliau beberapa pengganas Al-Qaeda yang lain.
Selepas perbalahan di Shah-i-Kot pada Mac 2002 dan beberapa siri peperangan yang lain, beliau berjaya melepasi sempadan kawasan tribal Pakistan; namun Al-Qaeda meneruskan pertempuran dan keganasan.

Pada tahun 2004, beliau pernah ditahan oleh agen perisik Pakistan dan juga AS.

Al Jazeera mengakui peranan Mujahid di Afghanistan, namun meragui testimoni beliau semasa di Yaman, sebagai seorang penyampai maklumat kerajaan Saleh, yang dalam diam telah menjadi duri dalam daging Al-Qaeda.

Transkrip temu bual Mujahid bersama-sama Al Jazeera telah diserahkan kepada pakar-pakar perisik untuk tujuan analisa. Robert Grenier, bekas ketua pengarah CIA di Pakistan berpendapat bahawa Hani Mujahid adalah seperti yang dijelaskan di atas semasa beliau berada di Afghanistan.

“It certainly seems that Hani Mujahid is who he says he was when he was in Afghanistan.””I can’t swear that he was a senior trainer at the Al-Faruq Camp but virtually everything that he says tracks with what I know about where al-Qaeda was, how they were operating; what they were doing particularly from 9/11 onward.” -Robert Grenier, a former CIA station chief in Pakistan-

Penyampai Maklumat di Yaman

Mujahid dikembalikan ke Yaman selepas penahanan beliau di Pakistan dan telah dibebaskan oleh pihak berkuasa Yaman pada Ogos 2006. Semenjak daripada itu, beliau menjadi penyampai maklumat ‘berbayar’ tentang aktiviti Al-Qaeda kepada kerajaan Yaman. Beliau menerima sebanyak $500 setiap bulan daripada Biro Keselamatan Kebangsaan; National Security Bureau (NSB) dan $250 daripada Political Security Organisation (PSO).

Richard Barret, yang pernah bersama-sama dengan agensi perisikan M16 Britain, sebelum menjadi Pengarah bagi United National Al-Qaeda Monitoring Team, menjelaskan pengakuan Mujahid sesuatu yang ‘masuk akal’.

Hal ini kerana, Mujahid dalam pengakuan yang berbeza, memberitahu pernah bertemu dengan Ammar Muhammad Abdullah Saleh untuk ‘melaporkan’ serangan-serangan yang bakal dilancarkan oleh Al-Qaeda.

Ammar mengibaratkan beliau seperti gedung maklumat, malahan turut berpesan supaya Mujahid terus setia kepada tanah air beliau (Yaman).
Mujahid merasakan pujian tersebut sebagai suatu motivasi untuk lebih bekerja keras, tetapi akhirnya usaha beliau disia-siakan.

Mujahid said: “On one occasion when I met with [Deputy Director of the NSB] Ammar Muhammad Abdullah Saleh he said to me: ‘Hani, you are a treasure, a treasure of information. You must be loyal to your homeland.’
“I took this at the time to be an encouragement to work more diligently and make more efforts. But eventually they let me down.”

Analisa Barat

Barrett dan Grenier telah menganalisa dakwaan-dakwaan Mujahid sejak beliau kembali ke Yaman pada 2006. Grenier percaya 70% daripada apa yang beliau katakan adalah sesuatu yang benar, manakala 30% tokok tambah penambah perisa dengan hasrat menjadikan hujah beliau ‘lebih masuk akal’. Grenier turut merasakan Mujahid kini menjadi mangsa konspirasi pemikiran. Barret menambah, sejauh mana kebenaran yang cuba disampaikan, perlu dikaji dengan lebih mendalam.

Siasatan

Mujahid kini bersetuju untuk membuat pengakuan kepada mana-mana panel penyiasatan antarabangsa bertujuan menegakkan keadilan.

Pihak polis Sepanyol pernah mengadakan lawatan ringkas ke Yaman pada Julai 2007 bagi menyiasat insiden bom kereta yang telah membunuh lapan daripada rakyat mereka. Mereka bagaimanapun berjaya menemui bukti forensik yang tidak seberapa.

Al Jazeera sedia maklum bahawa pihak berkuasa Yaman membalas permintaan asal pihak pendakwaraya Sepanyol yang memohon maklumat serangan berkenaan, namun apabila diminta menhadirkan lebih banyak bukti, mereka tidak menerima apa-apa maklum balas daripada Yaman. Kes tersebut kini dihentikan perbicaraannya sehinggan bukti-bukti baru ditemui.

Pegawai-pegawai FBI AS, turut sama menyiasat kes serangan berkenaan, namun dari hari ke hari, siasatan mereka menemui jalan buntu. Mereka meluahkan kekecewaan tentang ahli-ahli kerajaan Yaman yang masuk campur dalam penyiasatan tersebut, namun menyifatkan perkara tersebut bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Sumber: Al Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Konflik Laut China Selatan : Filipina Tunjuk Kekuatan Bina Pangkalan

Next Post

Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Kanada buat Israel

Related Posts
Skip to content