Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi, menggesa kerajaan meningkatkan kadar kutipan cukai, pada masa sama mengumumkan sasaran pendapatan yang lebih jelas daripada pembaharuan cukai. Tambahnya, ia adalah bagi memastikan pemilihan instrumen cukai yang berkesan berikutan pelaksanaan pembaharuan cukai menerusi peningkatan cukai perkhidmatan dan pengenalan Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang dianggap tidak mencukupi. (The Edge)
Dalam perkembangan lain, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah telah menghadiri mesyuarat IMF dan World Bank di Washington D.C., Amerika Syarikat dari 17 April hingga 19 April. Mesyuarat ini memberi fokus kepada usaha tindakan perubahan iklim global merangkumi penetapan harga bahan api, penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada tenaga boleh baharu. (MOF)
Di peringkat antarabangsa, Bank Dunia bersama IMF, OECD, dan PBB dalam Platform Kerjasama Cukai (PCT) sedang giat mempromosikan usaha mengoptimum sumber domestik negara iaitu dengan pengenalan cukai-cukai baharu atau peningkatan kadar cukai sedia ada sebagai mekanisme pembiayaan projek Sustainable Development Goals (SDGs) di negara membangun. Hal ini kerana, pembiayaan dari negara-negara bependapatan tinggi menerusi inisiatif Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) tidak mencukupi untuk mengatasi masalah perkembangan SDG yang terbantut. (IFC, UNDP, World Bank, SDSN)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.
Related Posts
Kapal Perang China Berterusan Ceroboh Perairan Negara di Laut China Selatan, Malaysia Kekal dengan Pendirian Senyap Dan Pasif
Pada 17 Februari 2024, kapal Pengawal Pantai China 5403 dilaporkan membuat rondaan dan provokasi di kawasan projek Kasawari…
Serangan Balas Iran ke Atas Israel Beri Talian Hayat Buat Netanyahu, Amerika Bakal Tingkatkan Bantuan Kewangan dan Ketenteraan ke Israel
Laporan NBC harini mendedahkan bahawa Israel berkemungkinan tidak akan memberi respon dengan menyerang secara langsung ke dalam kawasan…
Netanyahu bertemu Muhammad Bin Salman di Amman
Putera Makhota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah mengadakan perjumpaan rahsia bersama Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu di…