Konsortium China Dijangka Mendapat Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura, Kukuhkan Perancangan Perluasan Projek PenChinaan dari China Ke Singapura

Menurut sumber dari laporan The Edge, terdapat tiga konsortium yang dikatakan telah disenarai pendek untuk mendapat projek kereta api berkelajuan tinggi itu. Selain konsortium China yang dipimpin oleh China Railway Construction, dua konsortium tempatan yang disenarai pendek ialah YTL Construction Sdn Bhd-SIPP Rail Sdn Bhd dan Malaysian Resources Corp Bhd-IJM Construction Sdn Bhd-Berjaya Rail Sdn Bhd-Keretapi Tanah Melayu Bhd (MRCB-IJM-BRail-KTMB). (The Edge)

Konsortium China mempunyai kelebihan untuk memenangi bidaan projek HSR kerana dipercayai mempunyai sumber kewangan yang kuat terutamanya daripada institusi kewangan China seperti Bank Pembangunan China (CBD). Penglibatan CBD dalam projek HSR Kuala Lumpur-Singapura boleh dijangka berikutan trend yang sama berlaku pada projek HSR Jakarta-Bandung di Indonesia. (The Edge)

Usaha menghidupkan kembali projek ini menunjukkan hasrat China untuk menghubungkan China-Laos-Thailand-Malaysia-Singapura semakin menjadi kenyataan. Hal ini kerana, pada tahun 2021, China berjaya menghubungkan bandar di wilayah Yunnan China, Kunming dengan ibu negara Laos, Vientiane. Melalui Laos pula, China merancang untuk meluaskan jajarannya ke Bangkok melalui pembinaan HSR di Thailand yang dijangka siap pada tahun 2028. Kemudian, apabila HSR Thailand lengkap, China akan membina HSR menyambungkan Thailand-Utara Malaysia-Kuala Lumpur. Akhir sekali, pembinaan HSR Kuala Lumpur-Singapura akan melengkapkan peta jajaran PenChinaan di Asia Tenggara. – (CNN, Benar News)

Walaupun laluan HSR dari Thailand ke Utara Malaysia masih belum wujud, usaha ke arah pembinaan HSR ini dipercayai sudah bermula. Pada 2022, Malaysia dan Thailand bersepakat untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bersama berkenaan cadangan pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Bangkok-Kuala Lumpur. (The Star)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

CMD C5+1, Serangan Crocus City Hall dan Geopolitik Asia Tengah-AS-China-Rusia

Next Post

Apa Yang Membawa kepada Kekalahan Mengejut Erdogan dalam Pilihan Raya Tempatan Turki

Related Posts
Skip to content