Tentera Israel Tewas di Tangan Wanita dan Kanak-Kanak Palestin

Wanita Palestin cuba menghalang tentera Israel daripada menahan seorang kanak-kanak ketika demonstrasi anti-penempatan di perkampungan Nabi Saleh berdekatan Ramallah di Tebing Barat, Ogos 28, 2015 (AFP)
Wanita Palestin cuba menghalang tentera Israel daripada menahan seorang kanak-kanak lelaki ketika demonstrasi anti-penempatan di perkampungan Nabi Saleh berdekatan Ramallah di Tebing Barat, Ogos 28, 2015 (AFP)

Tentera Israel sememangnya terkenal dengan keganasan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin, lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak. Gambar-gambar berikut dikeluarkan pada hari Jumaat lalu sekali lagi membuktikan tahap keganasan dan kekejaman regim tentera Israel. Walau bagaimanapun, gambar-gambar ini berjaya menggambarkan keberanian wanita-wanita Palestin menghadapi kebiadaban Tel Aviv; menjadi saksi umat Islam yang ditindas tidak akan pernah berputus asa mendapatkan hak yang sepatutnya.  

 

Pasukan bersenjata Israel menyerang penduduk Palestin semasa protes ke atas aktiviti penempatan haram Tel Aviv di perkampungan Nabi Saleh berhampiran Ramallah di Tebing Barat pada hari Jumaat lalu.

palestin2

 

Gambar-gambar daripada protes; seorang tentera Israel mencuba untuk menahan seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang patah tangan kirinya. Kanak-kanak berkenaan disekat pergerakan dan diacukan senjata meskipun sudah mengalami kecederaan sedia ada.

palestin3

 

Berikutan serangan tersebut, wanita-wanita Palestin yang berada di tempat kejadian bergegas menghalang tentera Israel berkenaan dan menyelamatkan kanak-kanak lelaki yang sama.

palestin4

 

Tentera Israel itu juga menyerang seorang kanak-kanak perempuan yang turut mencuba menghalangnya daripada terus mencederakan kanak-kanak lelaki yang sama.

palestin5

 

Penduduk Palestin beramai-ramai menghalang usaha regim Israel yang ingin merampas lebih banyak tanah Palestin bagi mengembangkan aktiviti penempatan haram mereka di Neve Tzuf (Halamish).

palestin6

 

Lebih daripada setengah juta rakyat Israel tinggal di 120 penempatan haram yang dibina sejak rampasan Israel ke atas tanah Palestin di Tebing Barat dan Timur al-Quds pada 1967.

Seorang penunjuk perasaan Palestin melempar gas pemedih mata ke arah tentera Israel selepas mereka menyerang penduduk Palestin yang mengadakan demonstrasi anti-penempatan berhampiran Ramallah, Ogos 28, 2015 (AFP)
Seorang penunjuk perasaan Palestin melempar gas pemedih mata ke arah tentera Israel selepas mereka menyerang penduduk Palestin yang mengadakan demonstrasi anti-penempatan berhampiran Ramallah, Ogos 28, 2015 (AFP)

 

Sebahagian besar komuniti antarabangsa tidak mengiktiraf malahan mengharamkan kegiatan Israel mengambil alih kawasan penempatan penduduk Palestin sejak daripada tahun 1967; menurut Persidangan Geneva (Geneva Conventions), yang mengharamkan pembinaan di atas tanah yang didiami.

 

Terjemahan oleh: Nureen Adnan

Sumber : PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas Tolak Jemputan Tony Blair ke London

Next Post

Israel Membantah Bendera Palestin di Ibu Pejabat PBB

Related Posts
Skip to content