Seramai 50 orang penduduk mati dibunuh dalam serangan udara yang dilakukan oleh kapal terbang Russia di Bandar Duma, Damsyik semalam.
Pegawai pertahanan kawasan tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa kapal terbang Russia telah melancarkan 25 serangan ke atas penempatan penduduk di Duma menyebabkan 50 penduduk terkorban dan lebih 200 orang cedera.
Menurut kenyataan rasmi, serangan udara Russia turut mensasarkan serangan ke kawasan penempatan orang awam di bandar berdekatan; Bandar Zamalka, Arbin, Hamorya dan Jobar di Damascus. Sumber turut memberitahu bahawa serangan udara daripada pihak Rusia dan Syria telah menyebabkan kemusnahan besar harta benda dan bangunan penduduk. Sehingga kini pihak penyelamat masih berkerja keras untuk mengeluarkan penduduk daripada runtuhan.
Terjemahan oleh: Muhaimin Razak
Sumber: MEM